Tuesday, February 17, 2009

Assalamualaikum Dan Salam Lakaran...


Lakaran hari ini mengenai "Teguran". Mesti rakan2 kehidupan faham akan maksud teguran, jd x perlu lagi aku nak terangkan kerana mungkin akan menjadi rungutan orang lain.




Mesti rakan2 kehidupan pelik kenapa aku mengeluarkan topik Teguran. Aku sebenarnya nak berkongsi dengan anda semua mengenai isu Teguran.




Sesetengah manusia yang wujud di dunia ni tidak suka bila orang menegur perbuatan mereka walaupun mereka salah, adakah ini di panggil BODOH SOMBONG???



Seharusnya kita patut berfikiran tebuka, lagi pun kita sebagai manusia sering membuat silap, tak kan tegur pun nak melenting pulak.... Kalau anda rasa diri anda tidak boleh ditegur, baik anda letak diri anda di dalam lubang yang dalam, lagi bagus kalau lebih dari 7 kaki.



Satu lagi isu yang aku nak ketengahkan, kenapa sesetengah manusia lebih suka dan hormat orang yang kuat dan hebat dari segi fizikal. Sekarang ini kita berada di zaman intelektual, orang yang mempunyai akhlak terpuji, orang yang cerdik pandai yang seharusnya kita hormati. Ini baru menunjukkan bahawa kita mempunyai tamadun kalau kita berfikiran begitu, kalau kita masih di takuk lama, sampai bila kita hendak memajukkan tamadun kita yang kini sedang berada di hujung jarum.




Jadi aku berharap apa yang aku lakarkan menjadi teguran pada diri aku dan rakan2 kehidupan.

Sekian....

1 comment:

  1. hahaha~ aku stuju dgan mu bob... meme hebat... ak pon nk tgur jgak... takut la pd yg maha ESA.... manusia ni kte xperlu tkot.. tp kte perlu hormat je.. nk hormat pn kne la pde org yg btol.. Bravooo....

    ReplyDelete