Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Nukilan hari ni...Aku ingin melakarkan tulisan ku mengenai isu
yang sering kita pandang rendan dan yang sering kita anggap ianya
hanya perkara biasa...
Mengikut tarikh ketika aku menulis blog ini, hari ni merupakn Valentine
Day ataupun kalau dimelayukan ianya disebut Hari Kekasih.
Satu hari yang di tunggu oleh pasangan kekasih untuk mereka meraikan
pasangan mereka.
Pada ketika ini, pelbagai hadiah diberikan kepada pasangan mereka, konon
untuk tunjuk rasa cinta mereka la tu..
Aku bukan nak celoteh pasal pengertian hari kekasih, aku nak tegur
orang Islam yang sambut hari kekasih ni..
Aku rase dah banyak kali mufti2 mengatakan menyambut Valentine Day ni
hukumnya haram. Apahal lak orang Islam yang berbangsa Melayu ni tetap
degil nak sambut.
Korang tau tak??
Valentine day ni merupakan hari raya bida'ah yang mana tidak ada
dasar hukumnya dalam syariat Islam.
Valentine pula ialah name seorang paderi kristian. Seorang paderi
yang menyebarkan agama kristian di Rom. Paderi 2 mati kene bunuh pada
14 Februari.Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia
kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia
disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara,
beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang
bertandatangan ‘From your Valentine' (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu
untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
So,dah termaktub bahawa tidak ada Istilah Valentine Day dalam hidup orang Islam.
Dan, umat islam turut dilarang menyertai Valentine Day kerana ianya merupakan hari perayaan orang Kristian.
Sekian...
Saturday, February 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment