Assalamualaikum Dan Salam Kegembiraan..
Post kali ni aku nak bercerita mengenai "Cinta". Jiwang sungguh post kali ini tapi di sini aku nak tekankan mengenai "Cinta" yang berbalas tapi tak disahut..
Hal ini benar2 memngugat kewibawaan seorang manusia, cuba anda bayangkan, orang tu kate die memang sayang pada kita tapi die tak bersedia lagi nak menerima kita dalam hidup dia.
Sesungguhnya kita akan frust dan mula huru-hara, tapi aku nak lakarkan pendapat aku mengenai hal ini (kepada pejuang2 yang lain, harap jangan delete post aku ni).
Pada kotak pendapat aku, cinta ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan dalam hidup ini, kita perlukan kekuatan dan kekukuhan hati untuk menghadapi ragam cinta ini kerana dalam percintaan terlalu banyak ragam yang wujud, sebagai seorang manusia, kadang2 kita akan melenting atau hilang sabar dalam melayan ragam2 yang wujud.
Tetapi, kalau kes cinta yang berbalas dan tak disahut, kita seharusnya sabar dan tabah menghadapinya, bukan semua manusia yang boleh menerima sesuatu dalam sekelip mata. Sebab manusia ni pelbagai...
Baik lah, sampai disini lakaran hari ni, sekian...
Saturday, February 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment