Friday, March 20, 2009

Tiada apa yang penting..

Kali ni aku nak lakarkan mengenai semangat, kalau kita lihat, semangat orang melayu ini memang kuat, pantang dicabar. Kalau salah dicabar, siap la si pencabar tu. Kalau dijentik sedikit, habislah pencabar tu. Memang hebat, sampaikan aku takut ngan semangat yang ade pade orang melayu.

Kalau diajak beradu tenaga, memang hebat, kalah semua orang tapi kalau diajak beradu pemikiran, lagi hebat, terus ditukar kepada beradu tenaga. Memang aku takut la...

Adakah kita takut menerima hakikat yang hakiki, adakah kita takut akan kelemahan kita dalam mengatakan sesuatu fakta. Kita sekarang ini berada di zaman pemikiran, orang yang lemah dalam pemikiran akan kalah, orang yang kuat dalam kekuatan juga akan kalah jika tidak menggnuna akal yang di beri oleh Allah. Kita ibarat berada di zaman dahulu kala jika masih menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah, adakah kita hendak di gelar KOLOT??

Fikir-fikirkanlah.............. 

Saturday, February 21, 2009

Assalamualaikum Dan Salam Kegembiraan..

Post kali ni aku nak bercerita mengenai "Cinta". Jiwang sungguh post kali ini tapi di sini aku nak tekankan mengenai "Cinta" yang berbalas tapi tak disahut..

Hal ini benar2 memngugat kewibawaan seorang manusia, cuba anda bayangkan, orang tu kate die memang sayang pada kita tapi die tak bersedia lagi nak menerima kita dalam hidup dia.
Sesungguhnya kita akan frust dan mula huru-hara, tapi aku nak lakarkan pendapat aku mengenai hal ini (kepada pejuang2 yang lain, harap jangan delete post aku ni).

Pada kotak pendapat aku, cinta ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan dalam hidup ini, kita perlukan kekuatan dan kekukuhan hati untuk menghadapi ragam cinta ini kerana dalam percintaan terlalu banyak ragam yang wujud, sebagai seorang manusia, kadang2 kita akan melenting atau hilang sabar dalam melayan ragam2 yang wujud.

Tetapi, kalau kes cinta yang berbalas dan tak disahut, kita seharusnya sabar dan tabah menghadapinya, bukan semua manusia yang boleh menerima sesuatu dalam sekelip mata. Sebab manusia ni pelbagai...

Baik lah, sampai disini lakaran hari ni, sekian...

Tuesday, February 17, 2009

Assalamualaikum Dan Salam Lakaran...


Lakaran hari ini mengenai "Teguran". Mesti rakan2 kehidupan faham akan maksud teguran, jd x perlu lagi aku nak terangkan kerana mungkin akan menjadi rungutan orang lain.




Mesti rakan2 kehidupan pelik kenapa aku mengeluarkan topik Teguran. Aku sebenarnya nak berkongsi dengan anda semua mengenai isu Teguran.




Sesetengah manusia yang wujud di dunia ni tidak suka bila orang menegur perbuatan mereka walaupun mereka salah, adakah ini di panggil BODOH SOMBONG???



Seharusnya kita patut berfikiran tebuka, lagi pun kita sebagai manusia sering membuat silap, tak kan tegur pun nak melenting pulak.... Kalau anda rasa diri anda tidak boleh ditegur, baik anda letak diri anda di dalam lubang yang dalam, lagi bagus kalau lebih dari 7 kaki.



Satu lagi isu yang aku nak ketengahkan, kenapa sesetengah manusia lebih suka dan hormat orang yang kuat dan hebat dari segi fizikal. Sekarang ini kita berada di zaman intelektual, orang yang mempunyai akhlak terpuji, orang yang cerdik pandai yang seharusnya kita hormati. Ini baru menunjukkan bahawa kita mempunyai tamadun kalau kita berfikiran begitu, kalau kita masih di takuk lama, sampai bila kita hendak memajukkan tamadun kita yang kini sedang berada di hujung jarum.




Jadi aku berharap apa yang aku lakarkan menjadi teguran pada diri aku dan rakan2 kehidupan.

Sekian....

Monday, February 16, 2009

Fitrah atau Marah?????

Assalamualaikum Dan Salam Kehidupan..

Kali ni aku nak melakarkan mengenai fitrah manusia. Dalam hidup ini, pelbagai ragam manusia yang kita dapat lihat.

Ragam manusia yang aku naik pelik dan hairan, kenapa manusia suka mengaitkan sesuatu yang buruk dengan binatang. Contohnya bodoh macam lembu. Kenapa sesuatu yang tak bersalah dipersalahkan. Apa masalahnya manusia dengan lembu??? Bukankah lembu itu haiwan yang tidak tahu apa2.. Yang tidak ada dosa dengan kita. Adakah manusia takut untuk menyalahkan diri mereka???? Renungkan lah...

Ni satu lagi yang aku pelik, kenapa manusia selalu tidak berpuas hati dengan sesuatu rahmat yang ALLAH berikan pada hambanya. Bila hujan marah, bila sejuk marah lagi. Kenapa??? Bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adakah kita masih lagi belum mengerti makna kesykuran?????

Kadang2 aku hairan ngan manusia termasuk diri aku, ade saje rungutan yang keluar dari mulut kita, ada sahaja ungkapan yang tiada kepuasan hati keluar dari mulut kita... Bila la kita nak sedar akan diri kita yang makin lama makin tua.....

Ingatlah rakan2 kehidupan, jangan jadikan kehidupan ini menjadi sesuatu yang membosankan...

Sekian....

Sunday, February 15, 2009

"Couple"

Salam Dan Selamat Hari Ceria...

Kali ni aku nak cerita pasal isu "Couple". Dalam kamus dwibahasa, couple bermaksud pasangan.
Yang aku pelik dan hairan, kenape istilah couple lebih sinonim dengan pasangan bercinta. Pada pembaca yang berani bangkang hal ini. Lakarkan la komen anda.

Pada asasnya, aku posting cerita ni bkn nk lakar pasal couple, aku nak lakar pasal MARTABAT BAHASA MELAYU. Sejak akhir2 ni, bahasa Melayu ibarat bahasa yang tiada isi dan asasnya.
Kebanyakan manusia di TANAH MELAYU ini suke cakap bahasa Melayu bercampur dengan bahasa asing, seperti yang aku lakarkan dalam post2 sebelum ini.

Kita di MALAYSIA lebih suka campur-campur segala bahasa dalam percakapan harian kita. Pencampuran bahasa dalam bahasa MELAYU sering kali digunakan oleh orang2 penting. Cube kita dengar dan teliti, "I", "You" sering kali digunakan ketika mereka berbual sesama mereka.

Dan lebih2 lagi, bahasa campur2 ini telah digunakan oleh pelajar, orang yang akan meneraju negara pada masa hadapan. Aku sedih melihat fenomena ini, bahasa Melayu telah ditelan oleh arus yang direka oleh orang Melayu.

Sebenarnya, bahasa Melayu adalah bahasa yang tetap dalam segi sebutannya. Kalau pembaca tidak percaya, cuba lah bandingkan bahasa Melayu dengan bahasa lain. Sebutan bahasa Melayu teramat seragam dan tersusun. Malah, bahasa Melayu, tidak ada sebutan ataupun perkataan yang kasar. Tiada perkataan asal bahasa Melayu kalau disebut boleh menyakitkan hati orang lain. Jadi, ingatlah, Bahasa Menunjukkan Bangsa. Siapa lagi akan memartabatkan bahasa Melayu selain daripada kita.

Disini, aku sediakan pantun Melayu untuk tatapan pembaca


Pinang muda dibelah dua

Anak burung mati diranggah

Dari muda sampai ke tua

Ajaran baik jangan diubah

Saturday, February 14, 2009

Download, Pecuma, Rakyat Malaysia..........

Salam Pembuka kata pada hari ini..

Hari ni aku nk mengukir kata mengenai download... Mesti rakan2 tahu mengenai download and maybe anda adalah kaki download di dunia ni.

Aku nak tanya kat korang, adakah download dan cetak rompak adalah sesuatu yg berbeza???
Mari kita renung dan berfikir dua tiga saat... Jangan kedekut dua tiga saat tu kerana ianya beguna untuk anda memahami hidup anda.

Download pada sama ngan cetak rompak, kedua-duanya tidak mempunyai izin dari pihak terbabit..

Kat sini aku nak tegaskan, kalo kite asyik download cite nak2 kalo movie or lagu buatan Malaysia, sampai bile kite nak maju.. Macam mane negara kita nak menjadi setarat dengan Hollywood.

Adakah rakyat Malaysia suka percuma dan subsidi????
Tiap kali diberi, menari setiap hari, ade juga yg busuk hati, jual pulak subsidi yg diberi.
Macam mana Malaysia nak maju???? Tiap kali harapkan bantuan, tunggu kerajaan suap..
Bile dah kenyang, pangkah pulak kerajaan.... Macam Kacang Lupakan Kulit....

Ingat la sikit, usaha perlu untuk berjaya... Bayangkan lah kalo Tunku Abdul Rahman hidup masa kini, mesti dia malu.. Malu dengan sikap rakyat Malaysia yg lebih sukakan percuma daripada sukakan usaha.... Hish!!! Bangkit la rakyat Malaysia... Di dunia tiada yang percuma, kita dapat hasil bila kita usaha..

Sekian...

Valentine Day.... Lupe kan laa....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Nukilan hari ni...Aku ingin melakarkan tulisan ku mengenai isu
yang sering kita pandang rendan dan yang sering kita anggap ianya
hanya perkara biasa...

Mengikut tarikh ketika aku menulis blog ini, hari ni merupakn Valentine
Day ataupun kalau dimelayukan ianya disebut Hari Kekasih.

Satu hari yang di tunggu oleh pasangan kekasih untuk mereka meraikan
pasangan mereka.

Pada ketika ini, pelbagai hadiah diberikan kepada pasangan mereka, konon
untuk tunjuk rasa cinta mereka la tu..

Aku bukan nak celoteh pasal pengertian hari kekasih, aku nak tegur
orang Islam yang sambut hari kekasih ni..

Aku rase dah banyak kali mufti2 mengatakan menyambut Valentine Day ni
hukumnya haram. Apahal lak orang Islam yang berbangsa Melayu ni tetap
degil nak sambut.

Korang tau tak??

Valentine day ni merupakan hari raya bida'ah yang mana tidak ada
dasar hukumnya dalam syariat Islam.

Valentine pula ialah name seorang paderi kristian. Seorang paderi
yang menyebarkan agama kristian di Rom. Paderi 2 mati kene bunuh pada
14 Februari.Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia
kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia
disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara,
beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang
bertandatangan ‘From your Valentine' (Daripada Valentinemu).Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu
untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

So,dah termaktub bahawa tidak ada Istilah Valentine Day dalam hidup orang Islam.
Dan, umat islam turut dilarang menyertai Valentine Day kerana ianya merupakan hari perayaan orang Kristian.

Sekian...