Monday, February 16, 2009

Fitrah atau Marah?????

Assalamualaikum Dan Salam Kehidupan..

Kali ni aku nak melakarkan mengenai fitrah manusia. Dalam hidup ini, pelbagai ragam manusia yang kita dapat lihat.

Ragam manusia yang aku naik pelik dan hairan, kenapa manusia suka mengaitkan sesuatu yang buruk dengan binatang. Contohnya bodoh macam lembu. Kenapa sesuatu yang tak bersalah dipersalahkan. Apa masalahnya manusia dengan lembu??? Bukankah lembu itu haiwan yang tidak tahu apa2.. Yang tidak ada dosa dengan kita. Adakah manusia takut untuk menyalahkan diri mereka???? Renungkan lah...

Ni satu lagi yang aku pelik, kenapa manusia selalu tidak berpuas hati dengan sesuatu rahmat yang ALLAH berikan pada hambanya. Bila hujan marah, bila sejuk marah lagi. Kenapa??? Bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adakah kita masih lagi belum mengerti makna kesykuran?????

Kadang2 aku hairan ngan manusia termasuk diri aku, ade saje rungutan yang keluar dari mulut kita, ada sahaja ungkapan yang tiada kepuasan hati keluar dari mulut kita... Bila la kita nak sedar akan diri kita yang makin lama makin tua.....

Ingatlah rakan2 kehidupan, jangan jadikan kehidupan ini menjadi sesuatu yang membosankan...

Sekian....

No comments:

Post a Comment